Wednesday, March 30, 2011

Menggunakan Google Docs semudah A,B,C

"One step closer"

   Pernah tak terjadi pada kita apabila kita ingin buka sesuatu fail kerja yang dihantar melalui (e-mail)menggunakan format Microsoft Excel @ Word tetapi fail tersebut tidak boleh dibaca.Mesti timbul masalah pada versi.Apabila sering berlaku pada diri,saya terfikir apa program yang boleh saya guna untuk membantu dalam masalah tersebut.Saya berterima kasih kepada seorang pensyarah yang membantu saya memperkenalkan dengan Google Application (Google Apps).Di dalam Google Apps banyak aplikasi lain seperti GDocs,GCalender,Gsites,Gvideo dan banyak lagi aplikasi.Dalam banyak-banyak aplikasi saya sering menggunakan Gdocs kerana ianya relevan dengan penggunaan kerja saya.

     Pada sesiapa yang ingin cuba hanya perlu buka akaun google mail.Ianya semudah A,B dan C dimana formatnya sama seperti Wordspread yang biasa kita gunakan iaitu Excel dan Word.Bukan setakat itu sahaja file yang dibuat boleh diubah oleh sesiapa sahaja dengan keizinan 'user'.Malahan ianya tidak perlu disimpan pada pendrive atau desktop dan konsepnya sama seperti email. Dalam email biasa kita tidak boleh menghantar fail berbentuk media kerana saiznya yang besar tetapi dengan menggunakan GDocs ia tidak lagi menjadi mustahil.Inilah yang dipanggil 'Cloud Computing' iaitu 'Sharing Information Without Border'.Untuk menggunakan GApps ada dua pilihan iaitu yang percuma atau bayar. Gunakan sahaja yang standard dan ianya percuma.

Berikut adalah video yang saya ambil daripada youtube tentang penggunaan Google Docs semoga ianya dapat membantu :





Keluarga saya

"One step closer"

Click to play this Smilebox photo album
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Personalize your own photo album






Friday, March 25, 2011

Antara pandai dan memandai-mandai...

"One step closer"

Masih lagi citer pasal blog. Dulu aku tak tahu sangat nak tulis blog skang bila dah pandai sikit nak buat macam-macam,macam la terer sangat.Konon nak blog lain daripada yang lain. Cari domain punya cari create la blog yang bukan percuma. Tiap kali nak add widgets setiap kali tu la diminta upgrade. Tau je la bila nak upgrade kene le buat payment,kalo guna RM takpe lagi ni guna USD, haru. Last-last aku terpaksa la aku delete blog yang berbayo tu dan guna je blogspot yang free and easy ni. Ni buat peringatan untuk aku jangan nak memandai-mandai kalo dah tak pandai..






Thursday, March 24, 2011

Titik Permulaan..

"One step closer"

Pada mulanya memang tak suka menulis blog tapi bila sekali dah mula memang tak boleh nak berhenti. Aku mula berjinak-jinak pada tahun lepas. Itupun selepas seorang pensyarah minta kesemua pelajar create blog sendiri untuk dapat markah. Nak tak nak kenelah jugak buat blog, walaupun blog tu lebih kepada penulisan pendidikan. Memang la macam 'perak' (jakun) sikit bila nak mulakan maklumla walaupun dah lama hidup (kira lama gak la) baru pertama kali buka web blog memang tak tau pape. Memang betul la nak tulis blog ni tak perlu pengetahuan yang tinggi kerana ia sama seperti menggunakan Perisian Microsoft Office. Guna je blogspot free and easy. Kira ni blog ketiga aku la selepas dua blog lain yang aku tak bape rajin nak tulis. Bawah ni blog-blog aku yang lain tapi tak canggih mana pun.Kalo rajin tengok-tengok la blog aku ni.


http://qalisyadana.blog.com
http://fitriyatulsyalina@blogspot.com






Search This Blog