Wednesday, March 30, 2011

Menggunakan Google Docs semudah A,B,C

"One step closer"

   Pernah tak terjadi pada kita apabila kita ingin buka sesuatu fail kerja yang dihantar melalui (e-mail)menggunakan format Microsoft Excel @ Word tetapi fail tersebut tidak boleh dibaca.Mesti timbul masalah pada versi.Apabila sering berlaku pada diri,saya terfikir apa program yang boleh saya guna untuk membantu dalam masalah tersebut.Saya berterima kasih kepada seorang pensyarah yang membantu saya memperkenalkan dengan Google Application (Google Apps).Di dalam Google Apps banyak aplikasi lain seperti GDocs,GCalender,Gsites,Gvideo dan banyak lagi aplikasi.Dalam banyak-banyak aplikasi saya sering menggunakan Gdocs kerana ianya relevan dengan penggunaan kerja saya.

     Pada sesiapa yang ingin cuba hanya perlu buka akaun google mail.Ianya semudah A,B dan C dimana formatnya sama seperti Wordspread yang biasa kita gunakan iaitu Excel dan Word.Bukan setakat itu sahaja file yang dibuat boleh diubah oleh sesiapa sahaja dengan keizinan 'user'.Malahan ianya tidak perlu disimpan pada pendrive atau desktop dan konsepnya sama seperti email. Dalam email biasa kita tidak boleh menghantar fail berbentuk media kerana saiznya yang besar tetapi dengan menggunakan GDocs ia tidak lagi menjadi mustahil.Inilah yang dipanggil 'Cloud Computing' iaitu 'Sharing Information Without Border'.Untuk menggunakan GApps ada dua pilihan iaitu yang percuma atau bayar. Gunakan sahaja yang standard dan ianya percuma.

Berikut adalah video yang saya ambil daripada youtube tentang penggunaan Google Docs semoga ianya dapat membantu :





No comments:

Post a Comment

Search This Blog