Sunday, June 19, 2011

Celcom oh Celcom..

Haihhh..mengeluh panjang aku dengan Celcom ni. Slogan kata It's In Your Hand..apekebendenye..yang cas-cas lain sume IN YOUR HAND, NOT IN OUR HAND...Tak habis2 mencari pasal. Dulu pasal bil telepon hubby aku skang bil aku lak. Hubby aku punye bil dah lama terminate..tup tup lepas 2 tahun dia kol balik suh bayo sebab terminate under contract padahal masa nak terminate dulu dah tanya awal2 dah xde ke kena penalti..diorg cakap xde..skang lepas 2 tahun berlalu ko cari kitaorg balik pesal??Xpasal-pasal kene maki dengan hubby aku..




Ni pasal Broadband aku lak..dah lama B.Band aku status tak aktif.tapi everymonth still charge in my account.Bengang tul la..bila kol diorng cakap mmg kene cas bulanan sebab consider macam sewa talian..bengang nye..kalo mcm ni baik aku guna YES la..bayar apa yang kita guna je..skang terpaksa menanggung bil-bil bulanan yang aku xpenah pakai pun. Lepas ni memang konpom la aku nak terminate sume akaun aku kat celcom ni..dah le BBand slow ya amat..Itu belum citer pasal bil tepon aku lagi tu..kompom la aku terminate korang lepas ni...

Tuesday, May 31, 2011

Cuti Sekolah..


Perghh..dah lama tak tulis blog.Nak kata sibuk bebeno idak juge.Saje-saje buat sibuk iye.Tapi memandangkan tengah cuti sekolah ni awak ni pun terasa le lapangnye.Bukan awak ni cikgu,tapi bila cuti sekolah idak le kelam kabut nak nyiapkan anak,anto dan amik anak kat sekolah tadika.

Lepas je bulan enam ni,mula le awak raban teben.Nak closing account lagi (walaupun awak ni bukan akauntan).Bulan sembilan udah masuk kelas balik (jadi budak sekolah)..fuhhh..macam mane le nak hadap ni,dengan dah ada bala tentera ni (walau baru dua tapi ngalahkan satu team bolasepak)...semoga dipermudahkan..insyaallah.

Thursday, April 14, 2011

Cuti-Cuti Malaysia - Kota Kinabalu,Sabah

"One step closer"

Dah lama dah peginye,2 Mei 2009 yang lepas.Tapi masa tu mana buat blog lagi.Seronok la pegi jalan-jalan ikut suami.Pergi sebab urusan kerja suami,bukan pegi sebab bercuti..Hmm nak harap pegi saja-saja takde la.Lepas ni rasanye macam nak ke sana lagi.Tapi tahun depan kut..tengok la..

Pergi ber'rombongan' ni banyak yang best dari tak bestnye..yang bestnye ramai kawan2..idak le family kami je.Yang tak bestnye kene 'ngekor' je le pulak..kemana aje pegi kene ngikut.Nak ke Sabah tu kene naik bas dari UPSI dulu ke LCCT.Dah sampai sana naik bas lagi ke penginapan.Dalam penat-penat tu,tengok hotel sejuk sikit.Kami menginap di Hotel Mercure bersebelahan di Hypermall One Borneo.Seronok la,sebelah shopping mall.Yang tak syokknye berjalan-jalan tanpa suami sebab dia berkursus.

Hari Pertama hingga Ketiga memang kebanyakannya dok dalam hotel je la, abih2 pun berjalan2 kat pekan Kota Kinabalu.Tak banyak pun nak citer.Hari keempat baru la berjalan kat Pasar Filipina..agaknye kt Filipina macam tu ke??hmm ntah le.Pastu ada la naik boat pegi Pulau Manukan,kalo mandi lagi best kut.Tapi sebab datang berombongan tak selesa la pulak nak bermandi manda..ntah bile la plak nak kesana tu lagi,mungkin tahun depan,mana tau..hehehe..nanti ada rezeki ada la..Insyaallah..

Friday, April 8, 2011

Fenomena 'Usop Wilcha'

"One step closer"


Tak abis-abis cerita pase filem HKLBR.Yang pastinya sume tak sabo-sabo nak tunggu kemunculan HKLBR part 2 nye.Tapi yang bestnye watak Usop Wilcha tu tiba-tiba je meletup.Sana-sini ada je org panggil interview,dalam Tv dalam radio.Femes betui, dari bagi award ABPH 2010 sampai jadi pelawak jemputan kat Maharaja Lawak la.Sole..sole..betuii...Dari anak bujang aku sampai anak dara aku yang 7 bulan tu pun terikut-ikutkan pusing tangan macam si Ucop Wilcha tu. Teman bukan ape,teman sebenonye pun peminat die.Teman rasa lepaih ni mesti dia laku macam goreng pisang panaih nye.Sume drama tv mesti muke die,kalo tak caye tunggu je la..Bagus la Mamat Khalid wat cite rupe itu,sekurang-kurangnye penggunaan bahasa perak dah melueh sekarang...


Friday, April 1, 2011

Penyakit Lupa!

"One step closer"

Aku lupa,lupa,lupa dan lupa lagi.Ntah apa nak jadi dengan aku ni. Asyik-asyik terlupa.Adakah kerana dua kali aku bersalin ceaserian sebab tu la aku menjadi pelupa macam nenek kebayan.Memang aku ada terbaca tentang suntikan epidural yang menyebabkan penyakit lupa ni tapi kesahihannya masih menjadi tanda tanya.


Lupa aku ni boleh dikatakan serius jugak la,sampai kalo bersembang 2 minit yang lalu pun aku lupa apa isi cerita yang disembangkan..Aduhh..parah betul..Kalo nak diceritakan memang hari-hari ada le cerite lupe..tapi lately ni memang parah,paling baru, semalam kat rumah masa nak 'cebuk' anak, aku tanggal la cincin yang baru beli kat sebelah sinki,pastu esok pepagi baru aku teringat mana pegi cincin yang aku pakai semalam.Nasib baik aku tanya bibik dia dah tolong simpankan kalo lama sikit aku tanya, memang bibik simpankan cincin aku tu untuk selamanya la..


Kisah harini pulak,aku ada la berhutang kain ela dengan kakak sorang ni (udah dia yang nyuruh berhutang,aku pun utang le).Bila dah hari gaji aku nak la membayonye..nak jadikan cerita kakak ni pun ada gak  la berhutang dengan aku..so aku pun bgtau la kat dia kita buat sistem barter ('contra') je..tup..tup..dia kata dia dah bayo dah dulu..haihh..aku heran masa bile pulak dia membayonye..dalam rekod aku takde le pulak..maleh aku nak nanye nye..kang buat sebab je kang..last-last dengan muke malu-malu alah aku bayo je la..tapi betui ke dia dah bayo atau aku yang lupe nak merekod..haihh..aku lupa..lupa..lupa dan lupa lagi..apa punyer luper daa..tensen aku..








Wednesday, March 30, 2011

Menggunakan Google Docs semudah A,B,C

"One step closer"

   Pernah tak terjadi pada kita apabila kita ingin buka sesuatu fail kerja yang dihantar melalui (e-mail)menggunakan format Microsoft Excel @ Word tetapi fail tersebut tidak boleh dibaca.Mesti timbul masalah pada versi.Apabila sering berlaku pada diri,saya terfikir apa program yang boleh saya guna untuk membantu dalam masalah tersebut.Saya berterima kasih kepada seorang pensyarah yang membantu saya memperkenalkan dengan Google Application (Google Apps).Di dalam Google Apps banyak aplikasi lain seperti GDocs,GCalender,Gsites,Gvideo dan banyak lagi aplikasi.Dalam banyak-banyak aplikasi saya sering menggunakan Gdocs kerana ianya relevan dengan penggunaan kerja saya.

     Pada sesiapa yang ingin cuba hanya perlu buka akaun google mail.Ianya semudah A,B dan C dimana formatnya sama seperti Wordspread yang biasa kita gunakan iaitu Excel dan Word.Bukan setakat itu sahaja file yang dibuat boleh diubah oleh sesiapa sahaja dengan keizinan 'user'.Malahan ianya tidak perlu disimpan pada pendrive atau desktop dan konsepnya sama seperti email. Dalam email biasa kita tidak boleh menghantar fail berbentuk media kerana saiznya yang besar tetapi dengan menggunakan GDocs ia tidak lagi menjadi mustahil.Inilah yang dipanggil 'Cloud Computing' iaitu 'Sharing Information Without Border'.Untuk menggunakan GApps ada dua pilihan iaitu yang percuma atau bayar. Gunakan sahaja yang standard dan ianya percuma.

Berikut adalah video yang saya ambil daripada youtube tentang penggunaan Google Docs semoga ianya dapat membantu :





Keluarga saya

"One step closer"

Click to play this Smilebox photo album
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Personalize your own photo album






Search This Blog