Friday, April 1, 2011

Penyakit Lupa!

"One step closer"

Aku lupa,lupa,lupa dan lupa lagi.Ntah apa nak jadi dengan aku ni. Asyik-asyik terlupa.Adakah kerana dua kali aku bersalin ceaserian sebab tu la aku menjadi pelupa macam nenek kebayan.Memang aku ada terbaca tentang suntikan epidural yang menyebabkan penyakit lupa ni tapi kesahihannya masih menjadi tanda tanya.


Lupa aku ni boleh dikatakan serius jugak la,sampai kalo bersembang 2 minit yang lalu pun aku lupa apa isi cerita yang disembangkan..Aduhh..parah betul..Kalo nak diceritakan memang hari-hari ada le cerite lupe..tapi lately ni memang parah,paling baru, semalam kat rumah masa nak 'cebuk' anak, aku tanggal la cincin yang baru beli kat sebelah sinki,pastu esok pepagi baru aku teringat mana pegi cincin yang aku pakai semalam.Nasib baik aku tanya bibik dia dah tolong simpankan kalo lama sikit aku tanya, memang bibik simpankan cincin aku tu untuk selamanya la..


Kisah harini pulak,aku ada la berhutang kain ela dengan kakak sorang ni (udah dia yang nyuruh berhutang,aku pun utang le).Bila dah hari gaji aku nak la membayonye..nak jadikan cerita kakak ni pun ada gak  la berhutang dengan aku..so aku pun bgtau la kat dia kita buat sistem barter ('contra') je..tup..tup..dia kata dia dah bayo dah dulu..haihh..aku heran masa bile pulak dia membayonye..dalam rekod aku takde le pulak..maleh aku nak nanye nye..kang buat sebab je kang..last-last dengan muke malu-malu alah aku bayo je la..tapi betui ke dia dah bayo atau aku yang lupe nak merekod..haihh..aku lupa..lupa..lupa dan lupa lagi..apa punyer luper daa..tensen aku..








No comments:

Post a Comment

Search This Blog